Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad polo air wanita negara sedia cipta kejutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

13817jiayee.jpg
Dilabel sebagai pasukan bukan pilihan menjadi kelebihan buat skuad polo air wanita negara untuk memberi kejutan kepada Thailand dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Selasa ini.

Kapten pasukan, Low Jia Yee, berkata pasukan negara yang baru disenaraikan untuk edisi kali ini mampu mencipta kejutan dalam perlawanan pembukaan itu. 

"Sebelum ini, kami pernah menentang Thailand dan kami tahu mereka pasukan kuat. Jadi, kami hanya perlu melakukan yang terbaik seperti yang dilakukan dalam latihan," katanya.

Thailand tiba di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini untuk memulakan sesi latihan rasmi.

Mereka dilihat bersemangat untuk mengekalkan kejuaraan, sambil ketua jurulatihnya, Daniele Ferri, berkata: "Sudah tentu kami mempunyai keyakinan."

"Apabila sudah menang, anda tidak boleh kata tidak mahu menang kali ini. Kami mempunyai keyakinan dan akan cuba melakukan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video