Skip to main content

Bola Sepak

Piala AFF: Singapura lebur hasrat Malaysia ke separuh akhir

aff wanita

Skuad bola sepak wanita negara terkandas di peringkat kumpulan Piala AFF Wanita 2026 apabila tewas 1-3 kepada Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Selepas bangkit mengikat Laos 1-1 dalam aksi pertama minggu lalu, skuad negara tiada pilihan selain menang atau seri lebih daripada satu jaringan dengan Singapura untuk layak ke separuh akhir.

Bagaimanapun, Malayan Tigress dikejutkan dengan jaringan awal Yuvika Suresh pada minit ke-12.

Laluan pasukan bimbingan Joel Cornelli itu kian sukar menjelang ke bilik persalinan apabila pelawat memperoleh jaringan kedua, kali ini menerusi penyudah Danelle Tan.

Malaysia memperoleh talian hayat dalam babak kedua setelah Henrietta Justine merapatkan kedudukan pada minit ke-59, hanya untuk dikecewakan kesilapan penjaga gol, Asma Junaidi, tidak lama selepas itu.

Tindakan Asma lewat keluar untuk mempertahankan kawasannya mengundang padah apabila dia terpaksa mengasari pemain lawan sebelum sepakan penalti berkenaan mudah disudahkan Danelle.

Malaysia cuba untuk terus memburu gol dengan beberapa percubaan menarik dihasilkan tetapi tidak dapat mengubah keputusan perlawanan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video