Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad polo air wanita negara gagal cipta kejutan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

polo-air.jpg
Harapan skuad polo air wanita negara untuk bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berkecai selepas tewas 22-2 di tangan Thailand dalam aksi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

"Meskipun berdepan dengan juara bertahan, kami telah cuba memberikan saingan hebat sehingga wisel penamat," ujar ketua pasukan negara, Low Jia Yee. 

Skuad kebangsaan turun beraksi dengan ditunjangi oleh rata-rata pemain muda dan berazam untuk memberikan kejutan kepada Thailand.

Bagaimanapun, Thailand ternyata menampilkan keserasian lebih tinggi dalam pasukan apabila mendahului 5-0 di awal permainan.

Status selaku tuan rumah yang dimiliki Malaysia nyata tidak menggugat semangat skuad Thailand apabila terus menjaringkan gol demi gol sehingga ke wisel penamat, sekaligus mengesahkan kemenangan besar 22-2.

"Buat masa ini, kami akan sentiasa cuba memberi aksi terbaik tanpa mengambi kira sama ada menang atau tidak," kata penjaga gol negara, Alicia Chin Tze Ling. 

Dalam satu lagi aksi, Singapura terlebih dahulu memulakan saingan dengan kemenangan selepas mencatatkan keputusan 7-6 mengatasi Indonesia.

Malaysia bakal meneruskan aksi kedua esok menentang Singapura dengan misi wajib menang.

Advertisement

Must Watch Video