Skuad polo air lelaki negara memantapkan persiapan terakhir menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan menjalani simulasi hari pertandingan di Pusat Akuatik Bukit Jalil menjelang aksi pembukaan menentang Indonesia, Selasa ini.
Daripada aturcara upacara pra-perlawanan sehinggalah bola rasmi, semuanya diuji skuad negara hari ini.
Aspek teknikal seperti sistem kiraan mata dan paparan digital turut melalui simulasi yang menawarkan petanda Pusat Akuatik Bukit Jalil sudah bersedia untuk temasya KL2017.
Skuad negara tidak melepaskan peluang untuk memanaskan badan mengikut format pertandingan sebenar.
Ia peluang keemasan untuk menyesuaikan diri dengan lebih pantas berbanding seteru lain ketika Malaysia berdepan misi sukar untuk memecah dominasi Singapura, Indonesia dan Thailand.
"Kami telah mencuba sistem ini dan ia nampak baik. Bagus untuk kami mencubanya lebih awal bagi mendapatkan suasana dan ia agak membantu," kata ketua jurulatih negara, Voon Yoong Hui.
Sementara itu, kapten pasukan negara, Daryl Khoo, berkata: "Setakat ini pasukan nampak baik dan bersemangat untuk pertandingan. Kami membuat persediaan yang baik kali ini, jadi kami memiliki harapan yang tinggi."