Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad hoki dalam dewan makin serasi

hoki-dalam-dewan-wanita-110817.jpg
Skuad hoki dalam dewan negara tampak dalam persediaan terbaik untuk mengharungi kempen Sukan SEA Kuala Lumpur selepas menamatkan siri perlawanan persahabatan dengan rekod tanpa kalah. 

Justeru, ia pasti meletakkan mereka dalam landasan terbaik untuk meraih pingat emas. 

Skuad hoki dalam dewan lelaki menamatkan siri perlawanan persahabatan dengan Australia Barat menerusi keputusan seri, 5-5. 

Keputusan itu bermakna skuad hoki dalam dewan negara berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah melalui tiga kemenangan dan dua keputusan seri. 

"Kami akan berdepan Filipina dan Vietnam dengan mengintai kemenangan. 

"Saya harap kami beroleh momentum kemenangan sebelum kami berjumpa dengan Thailand dan Indonesia. 

"Kedua-dua pasukan ini mempunyai tahap tinggi buat kami hadapi dalam Sukan SEA kali ini," ujar ketua jurulatih hoki dalam dewan lelaki negara, Amin Rahim.

Skuad wanita pula akhirnya meraih kemenangan pertama apabila cemerlang menundukkan Australia Barat, 4-4, selepas gagal melakukannya dalam empat perlawanan terdahulu. 

"Dari perlawanan pertama dan terakhir ini, pemain-pemain semakin menyesuaikan diri di antara separuh masa pertama dan kedua kerana apabila saya membuat lima pertukaran pemain, jurang permainan nampak semakin dekat," kata ketua jurulatih hoki dalam dewan wanita kebangsaan, Iman Gobinathan. 




 

Advertisement

Must Watch Video