Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad futsal lelaki diuji Mongolia

chiew-chun-yong-futsal-110817.jpg
Pengendali skuad futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong, mengharapkan tonggak senior untuk menjelmakan aksi ampuh apabila berdepan Mongolia dalam aksi persahabatan pada hujung minggu ini menjelang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur.

Aksi persahabatan dengan Mongolia adalah persiapan terakhir skuad negara sebelum memulakan saingan dalam edisi ke-29 temasya dwitahunan itu. 

Sehubungan itu, Chun Yong mengharapkan tonggak senior seperti Firdaus Razali dan Mohd Khairul Efendy mampu memainkan peranan dalam memastikan aksi ampuh pasukan.

"Ini adalah salah satu daripada jangkaan saya untuk melihat mereka memperagakan aksi sebenar dan memenuhi jangkaan yang saya harapkan. 

"Banyak perkara yang akan saya nilai. 

"Saya mahu melihat bagaimana cara mereka beraksi secara berpasukan selain aksi memberi tekanan tinggi kepada lawan, termasuk taktikal ketika menyerang dan bertahan," katanya yang dilantik ketua jurulatih setahun lalu. 

Chun Yong turut tidak menolak kemungkinan Saiful Nizam Ali akan tersisih ekoran kecederaan. 

Begitupun, beliau akan memantau tahap kecergasan pemain dari Melaka itu dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada akan memanggil pemain lain sebagai penggantinya atau tidak.

"Tahap pemulihannya agak lembab. 

"Saya bimbang dia tidak akan tersenarai, namun kami akan terus memantau perkembangannya." 

Advertisement

Must Watch Video