Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad boling padang mula sesuaikan diri di venue pertandingan

boling-padang-020717.jpg
Selepas tiga tahun terbiar tidak digunakan, gelanggang boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara bakal berwajah baru apabila kerja menaik taraf menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017  siap sepenuhnya tidak lama lagi. 

Atlet negara yang kini berlatih di Klang bakal berpindah sepenuhnya ke Bukit Kiara, esok. 

Tiga padang utama telah disiapkan sepenuhnya dengan menggunakan padang tiruan yang tidak memerlukan kos tinggi untuk diselenggarakan. 

Menurut Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Wan Zawawi Wan Ismail, gelanggang itu akan diuji sepenuhnya dalam Kejohanan Pra-Sukan SEA, 22 hingga 24 Julai ini. 

"Dari segi perkembangan, secara keseluruhannya amat baik. 

"Kami lihat pembangunan gelanggang boling padang mengikut jadual dan salah satu daripadanya boleh digunakan untuk latihan skuad kebangsaan esok," katanya.  

Dalam masa sama, Wan Zawawi yang juga naib presiden Persekutuan Boling Padang Asia mengesahkan sukan itu berpeluang ditempatkan dalam Sukan Olimpik 2024 atau 2028. 

"Salah satu kriteria untuk menganjurkan sukan bertaraf tinggi seperti Sukan Olimpik, kita perlu mendapatkan seberapa banyak penyertaan.

"Setakat ini, kami telah berjaya menarik minat 15 negara, kebanyakkan dari negara Komanwel."
 

Advertisement

Must Watch Video