Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad bola sepak wanita tundukkan Singapura

bola-sepak-wanita-090817.jpg
MALAYSIA 1 SINGAPURA 0

Skuad bola sepak wanita negara menewaskan Singapura 1-0 dalam aksi pemanas badan di Stadium UiTM, sebentar tadi, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur. 


Gol tunggal perlawanan disumbangkan oleh Usliza Usman pada awal separuh kedua menerusi lambungan cantik dari  luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Nur Fadhilah Hassan. 

Malaysia yang mempunyai deretan peluang pada babak pertama, bagaimanapun gagal menggunakan kesempatan yang ada.

Tuan rumah nyaris memecah kebuntuan lebih awal apabila jaringan Nor Athirah Mamat dibatalkan akibat ofsaid. 

Terdahulu, jurulatih bola sepak wanita negara, Asyraaf Fong Abdullah, menyeru anak buahnya -- yang pernah membelasah lawan yang sama, 4-1, Februari lalu -- untuk turun dengan misi mendapatkan kemenangan moral.






 

Advertisement

Must Watch Video