Skip to main content

Bola Jaring

Sukan SEA: Skuad bola jaring negara mampu hadirkan emas

280317bolajaring.jpg
Jurulatih skuad remaja bola jaring negara, Norizan Rejab, melaungkan keyakinan skuad bola jaring kebangsaan mampu muncul juara Sukan SEA bulan depan selepas mempamerkan aksi meyakinkan apabila membelasah Taiwan 114-12 dalam aksi Pra-Sukan SEA di Stadium Juara, semalam.

Bagi Norizan, skuad senior kebangsaan sudah menjalani persiapan menyeluruh menghadapi saingan Sukan SEA kali ini.

Sebelum aksi berdepan Taiwan, skuad kebangsaan berjaya menewaskan Thailand 65-36 dan skuad remaja kebangsaan 64-36 untuk bertemu Thailand sekali lagi dalam aksi final Pra-Sukan SEA, hari ini.

"Pasukan senior kami memiliki kekuatan tersendiri dan saya berharap mereka dapat menonjolkan permainan yang lebih menarik. Dengan mutu yang dipamerkan, saya yakin Malaysia mampu meraih pingat emas," katanya.

Bagi Norizan, hanya Singapura dilihat sebagai lawan yang perlu diawasi skuad kebangsaan manakala Thailand adalah pasukan yang sedang meningkat naik.

Skuad Thailand yang bakal ke Sukan SEA menewaskan barisan remaja negara bimbingan Norizan 54-40 dalam satu lagi aksi Pra-Sukan SEA, semalam.

"Singapura dilihat pencabar kami dalam Sukan SEA nanti, Thailand merupakan pasukan yang meningkat naik."

Advertisement

Must Watch Video