Skip to main content

Tenis

SUKMA Selangor: Kem tenis Wilayah Persekutuan letak sasaran empat emas

aa

Ketua jurulatih tenis Sukan Malaysia (SUKMA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abd Hazli Zainuddin, menyasarkan empat emas buat kontinjen Kuala Lumpur dalam temasya SUKMA Selangor yang akan membuka tirai daripada 15 hingga 24 Ogos ini 

Menurutnya, dia yakin dengan kemampuan pemain yang terlebih dahulu bakal menjadikan Kejohanan Tenis Terbuka CIMB KL sebagai medium persiapan menjelang SUKMA nanti.

"Saya rasa sasaran kami untuk mendapat emat pingat emas tahun ini, semestinya kamu mahu lakukan lebih baik. Buat masa sekarang kami yakin dengan barisan pemain yang ada, minimun sasaran adalah empat emas," katanya.

Ketua pasukan, Imran Daniel Abdul Hazli, pula percaya kepada latihan intensif yang telah dijalani bersama pasukan bagi menghadapi SUKMA kali ini. 

"Saya rasa kami ada pasukan yang kuat, skuad lama tetapkan penanda aras yang tinggi. Saya percaya pasukan kami ada potensi." tambahnya. 

Seorang lagi pemain harapan, Daania Daniella, juga mengakui jurulatih banyak memberikan nasihat kepada pemain agar tidak berasa selesa dan patuh kepada taktikal, meskipun barisan yang dipertaruhkan mempunyai pemain kebangsaan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video