Skuad bola jaring negara memulakan misi memburu pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan kemenangan 73-30 ke atas Thailand di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Walaupun gagal menemui jaring dalam tiga percubaan awal pada minit pertama, skuad negara cepat menyesuaikan diri dengan gelanggang dan menunjukkan persefahaman yang baik.
Selepas beberapa kali terikat pada awal perlawanan, Malaysia memperkemaskan corak permainan sehingga mengutip mata demi mata dan tidak menoleh ke belakang untuk memenangi suku pertama 18-10.
Dengan memiliki kelebihan ketinggian pemain, skuad bimbingan jurulatih dari Australia, Tracy Robinson, itu makin garang pada suku kedua dengan melebarkan jurang kedudukan 20 mata (35-15).
Malaysia sudah menunjukkan tanda-tanda kemenangan selepas hanya membenarkan Thailand mengutip enam mata pada suku ketiga untuk mereka terus mengekalkan penguasaan kepada 52-21.
Skuad negara terus berada dalam kedudukan selesa dengan beraksi tanpa sebarang tekanan pada suku terakhir dan melengkapkan kemenangan besar 73-30.
Mengulas mengenai kemenangan itu, pemain GK Malaysia, Nur Syafazliyana Mohd Ali, berkata pasukan negara berjaya menterjemahkan mutu permainan seperti perancangan dalam latihan.
"Setiap hari kami akan memberikan perlawanan yang berlainan. Kami tidak menjangka perlawanan mudah kerana kami tidak tahu sama ada pasukan lawan menggunakan pemain atau taktikal baru.
"Yang penting kami menerapkan taktikal kami dalam melakar kemenangan."
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan isteri, Nori Tun Abdullah, turut hadir memberi semangat kepada skuad negara.