Walaupun mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura dalam aksi persahabatan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pengendali skuad bola sepak wanita negara, Mohd Asyraaf Fong Abdullah, masih belum berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, terutama di bahagian serangan.
"Menentang Singapura yang berwajah baharu dan dikendalikan jurulatih baharu, mereka bermain dengan taktikal bertahan sehingga menyukarkan kami dan saya terpaksa menukar taktikal 3-4-3 kepada 4-1-2-3 pada babak kedua.
"Bagaimanapun, ketumpulan penyudah menjadi masalah dengan banyak peluang disia-siakan," katanya.
Asyraaf berkata bermain dengan keadaan padang basah serta sedikit becak turut mengganggu rentak permainan pasukannya kerana ia kali pertama skuad itu bermain dengan keadaan padang sedemikian.
"Bagaimanapun, kemenangan 1-0 itu memberi kami sedikit semangat dan moral menjelang aksi sebenar dalam Sukan SEA nanti.
"Saya juga akan memberi tumpuan kepada bahagian serangan dalam beberapa baki sesi latihan yang ada," katanya lagi.
Dalam perlawanan semalam, gol tunggal Malaysia dijaringkan Usliza Usman menerusi rembatan dari luar kotak penalti.
Malaysia akan memulakan cabaran Sukan SEA Kuala Lumpur menentang Filipina pada 15 Ogos, diikuti Myanmar (17 Ogos), Thailand (20 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos).