“Puteri sulung pembakar semangat saya,” itu reaksi juara olahraga Sukan Para Dunia 2017, Ziyad Zulkifli, yang begitu teruja dengan kehadiran anak sulungnya menjelang 17 hari sebelum bermula saingan Sukan SEA KL2017.
Kehadiran bayi perempuan yang comel seberat 3.4 kilogram menjadi semangat baru untuk Ziyad yang akan beraksi buat kali pertama dalam saingan Sukan SEA.
Ziyad menyedari cabaran dalam Sukan SEA lebih hebat, namun kehadiran bayi sulung yang dinanti-nantikan bersama isterinya, Zafirah Md Nasir, semalam benar-benar memberi semangat baru untuknya.
Dia akan menggalas cabaran negara dengan membawa kredibiliti selaku juara Kejohanan Olahraga Dunia IPC dengan catatan terbaru sejauh 17.29 meter di London baru-baru ini.
"Saya percaya kejayaan yang berjaya diraih hasil daripada rezeki anak saya. Saya akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam Sukan SEA," katanya.
Cabaran utama sudah pasti datang daripada pencabar Thailand, Promrob Juntima dan Chatchawal Polyam, yang meraih emas dan perak dalam edisi dua tahun lalu menerusi catatan 17.47 meter dan 17.05 meter di Singapura.
Anak jati Selangor ini pernah beraksi bersama kedua-dua atlet Thailand ini dalam Terbuka Thailand, Jun lalu.