Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Punca kes keracunan akan disiasat

24817imran.png
Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, mengesahkan pihaknya akan menyiasat punca kes keracunan makanan yang melibatkan seramai 16 atlet Malaysia.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah itu ialah perenang negara, Daniel Bego.

Berikutan itu, dia menarik diri daripada saingan peringkat akhir renang acara 200 meter gaya bebas Sukan SEA Ke-29, semalam.

Tunku Imran enggan mendedahkan perkara itu, termasuk identiti 16 individu terbabit, namun tidak menafikan hanya seorang daripada mereka telah dimasukkan ke hospital.

"Makanan yang telah diberikan kepada kontinjen Malaysia adalah dari hotel penginapan kontinjen Malaysia. Seramai 16 atlet daripada pelbagai sukan mengalami keracunan makanan," katanya.

Tunku Imran ditemui ketika sesi perjumpaan bersama media di Pusat Media Utama (MPC) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. 

Beliau yang hadir bersama Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, turut memberi penjelasan berhubung beberapa isu lain yang berbangkit sepanjang temasya berlangsung.

"Dalam SEAGF, kami sering mengadakan perbincangan mengenai apakah program sukan yang akan dijalankan.

"Rata-rata Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan menyifatkan Sukan SEA merupakan antara temasya yang paling rendah disertai," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video