Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akur dengan nasihat Institut Sukan Negara (ISN) agar menggugurkan Mohd Hafifi Mansor daripada Sukan SEA Kuala Lumpur, sekaligus hilang prospek terbaik pingat emas.
Laporan perubatan ISN mengatakan Hafifi sepatutnya berehat daripada kecederaan paha yang menimpanya ketika berlatih di China, bulan lepas, sebaliknya kembali berlatih 8 September depan.
Oleh itu, badan induk itu tidak membantah kerana yakin ia keputusan terbaik demi masa depan juara Sukan Komanwel itu.
"Walaupun berat, namun kami terpaksa menerima keputusan ini.
"Kami tidak boleh memperjudikan masa depan atlet.
"Saya harap dia mengambil kesempatan ini untuk pulih secepat mungkin," kata Pemangku Setiausaha Kehormat PABM, Abu Hanapah Ismail.
Begitupun, dalam sesi latihan di Bukit Jalil semalam, pemegang rekod clean & jerk dan snatch (316kg) kebangsaan itu cuba membuktikan dia sudah pulih dengan mengangkat bebanan seberat 200kg.
Menurut Abu Hanapah lagi: "Saya tidak dapat pastikan apa yang berlaku kerana semalam, saya sibuk dalam menyiapkan venue pertandingan, jadi saya tidak tahu keadaan sebenar.
"Saya akan sahkan perkara itu dengan jurulatih."
Sementara itu, beliau mengesahkan anak kepada bekas juara Komanwel, Hidayat Hamidon, akan menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA untuk kategori 69kg lelaki.
"Berdasarkan senarai panjang, kami turut menyenaraikan Erry Hidayat."
Pemilihan Erry itu mengejutkan bapanya dan dalam masa yang sama, bangga kerana legasinya dapat diteruskan.
"Saya gembira kerana dia selalu membanggakan kami. Sejak dia berlatih, tuah selalu menyebelahinya.
"Bukan mudah untuk menjadi atlet, sepertimana saya dapat mewakili Malaysia.
"Erry beruntung mendapat aura saya.
"Saya harap dia terus mengangkat sukan angkat berat, kalau boleh di peringkat antarabangsa," ujar Hidayat.