Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Pengalaman Khalmizan ditagih skuad compound wanita negara

12817wankhalmizan.jpeg
Jurulatih memanah recurve negara, Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz, dipinjamkan ke skuad compound untuk mengukuhkan peluang meraih pingat emas, terutama dalam acara wanita, yang akan membuka tirai 16 Ogos ini.

Khalmizan ditugaskan untuk membantu jurulatih compound, Mohd Zaki Mahazan.

Bekas pemanah Olimpik ini diminta memberikan fokus terhadap skuad wanita kerana mereka dijangka mampu menyumbang emas dalam acara individu di Lapangan Memanah, Majlis Sukan Negara (MSN), Rabu ini.

"Saya cuba membantu jurulatih Zaki untuk mempertingkatkan mutu atlet daripada aspek teknikal mereka," kata Khalmizan.

Skuad compound wanita dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nor Rizah Ishak, Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Cham Nong.

Mereka, yang meraih empat pingat emas di Singapura, dua tahun lalu, dijangka mengulangi pencapaian tersebut untuk membantu Malaysia mencapai sasaran 111 emas.

"Terdapat lapan atlet yang bakal beraksi dalam Sukan SEA. Kehadiran jurulatih Khalmizan membenarkan jurulatih Zaki untuk memberikan tumpuan kepada pemanah lelaki," kata Nurfatehah.

Advertisement

Must Watch Video