MYANMAR 2 SINGAPURA 0
Myanmar melaungkan amaran awal kepada pencabar lain selepas melakar kemenangan berharga 2-0 ke atas Singapura dalam acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Selayang, hari ini.
Ternyata suasana di Stadium Selayang memihak kepada Myanmar selepas penyokong yang hadir membanjiri stadium untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Gerd Zeise itu.
Percubaan demi percubaan dilancarkan oleh Myanmar dan mereka akhirnya berjaya meledak gol pembukaan pada penghujung separuh masa pertama hasil jaringan Aung Thu.
Bersambung dalam babak kedua, giliran Singapura untuk mencari gol penyamaan, namun skuad kendalian Richard Tardy itu terus ketinggalan apabila Aung Thu menggandakan jaringan pada minit ke-61.
Tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan sehingga penghujung perlawanan dan menyaksikan Myanmar meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan A.
"Kami mempunyai banyak peluang biarpun kami kerap melakukan banyak kesilapan dari segi hantaran. Pemain terlalu gugup kerana perlawanan pembukaan selalunya bukannya mudah," kata Zeise.
"Keputusan ini tidak begitu bagus untuk kami. Kami tidak bermain baik dalam separuh masa pertama," kata Tardy.
"Kami bukannya terlalu gentar dengan pihak lawan kerana mereka menewaskan kami. Bukan setakat itu sahaja, kami juga berdepan masalah ketika turun dalam perlawanan ini."