SUKAN SEA
Sukan SEA: Malaysia sedia bantu Kemboja -- Zolkples
Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, sedia membantu delegasi Kemboja yang akan memantau temasya Kuala Lumpur, Ogos ini sebagai persediaan mereka jadi tuan rumah pada 2023.
Kemboja akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat julung kalinya dalam tempoh enam tahun lagi.
Ia pengalaman sulung selepas menolak giliran pada 1963, sekaligus berhasrat mempelajari selok-belok penganjuran daripada Malaysia.
Iklan
"Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu sesiapa sahaja yang mahu menimba pengalaman dalam usaha untuk menjadi penganjur terbaik pada 2023 nanti," kata Zoklples.
Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Dr. Hang Chuonnaron turut gembira dengan persetujuan Malaysia untuk membantu.
"Kami sudah mengadakan perbincangan dengan Malaysia dan saya gembira mereka bersetuju untuk membantu persiapan kami.
"Ini peluang yang baik kerana Malaysia memiliki pengalaman luas kerana sudah menganjurkan temasya ini beberapa kali," ujarnya.
Sukan SEA Singapura dua tahun lalu menyaksikan Malaysia meraih tangga keempat keseluruhan sementara Kemboja kelapan.
Kesungguhan Kemboja terbukti apabila beberapa venue di Kompeks Sukan Nasional Morodox Techno seperti acara akuatik, gimnastik dan angkat berat sudah siap dibina.
Kemboja turut menggunakan khidmat beberapa pakar sukan Malaysia seperti Penolong Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi, untuk membuat perancangan sebagai penganjur bagi tahun 2023.
Must-Watch Video