Malaysia memberi amaran awal untuk muncul pencabar kuat di rantau Asia Tenggara apabila berjaya merangkul enam emas dalam Kejohanan Boling Padang Pra-Sukan SEA di Gelanggang Boling Padang Bukit Kiara yang berakhir hari ini .
Empat acara akhir yang berlangsung hari ini terdiri daripada perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan empat sepasukan lelaki.
Emma Firyanan Saroji menghadirkan emas dalam acara perseorangan wanita dengan menundukkan lawan dari Singapura 21-17.
Beregu pelapis lelaki negara yang diwakili Muhamad Haiqal Azami dan Naufal Azmi juga tampil positif dengan mengecewakan beregu utama, Fairul Izwan dan Muhammad Hizless Abdul Rais, 15-14.
Bagaimanapun, perseorangan negara, Muhammad Haiqal Azami, tumpas kepada pemain Brunei, Abdul Rahman Omar, 18-21.
Penutup kejayaan Malaysia dalam kejohanan ini hadir menerusi acara empat sepasukan lelaki yang menewaskan pasukan kedua Malaysia yang berkesudahan 13-10.
"Permainan saya semakin meningkat walaupun pihak lawan memberikan saingan sengit. Ini sesuatu yang baik untuk saya menilai prestasi saya sendiri," kata Firyanan.
Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Safuan Said, berkata: "Selama tiga hari ini, pasukan saya bermain begitu baik dan sebab itu kami dapat mencapai kemenangan hari ini."