Atlet dekatlon negara, Muhammad Luqman Mohd Zuki, tetap bertegas untuk menyertai saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat selepas menerima tujuh jahitan di bahagian betis.
Dia menerima kecederaan ketika sesi latihan dan ia berlaku kira-kira seminggu sebelum temasya bermula secara rasmi.
Namun, dia tetap menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih, Artikov Rifat, kerana bersemangat untuk melakukan penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.
"Tiga tahun saya berlatih untuk menghadapi Sukan SEA."
"Macam-macam saya tempuhi selama tiga tahun ini untuk menunjukkan kepada peminat sukan di Malaysia mengenai apakah dekatlon kerana ramai tidak tahu apakah dekatlon ini.
"Ini penting kerana ini adalah pengalaman pertama saya di Malaysia, sebelum ini saya banyak menyertai pertandingan di luar negara sahaja," ujarnya.
Sementara itu, ketua jurulatih negara, Zainal Abas, optimis mampu meraih emas dalam acara lompat tinggi selepas Nauraj Singh mencatatkan 2.26 meter ketika saingan kelayakan Kejohanan Dunia di London, England walaupun gagal mara ke peringkat akhir.
"Kita ada duit pelompat tinggi semasa dalam Sukan SEA, iaitu Nauraj Singh dan Lee Hup Wei.
"Masing-masing mempunyai kebolehan untuk menang pingat emas.
"Maka, siapa yang terbaik pada hari tersebut akan menang," kata Zainal.