Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, optimis sasaran tajaan wang tunai berjumlah RM30 juta untuk Sukan SEA Kuala Lumpur mampu dicapai selepas RM18.05 juta sudah diraih Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA (MASOC) setakat ini.
Secara keseluruhan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan tajaan berjumlah RM80 juta.
Setakat ini, MASOC memperolehi tajaan bernilai RM43.9 juta dalam bentuk produk dan perkhidmatan.
Bagi Khairy, jumlah tajaan yang diraih itu adalah petanda positif sasaran yang diletakkan mampu dicapai.
"Saya sangat gembira kerana ia diterima ketika tempoh ekonomi yang kini mencabar, bukannya hanya di Malaysia tetapi di mana-mana. Kami mendapat kualiti penajaan seperti daripada Ajinomoto. Ia adalah satu kejayaan," katanya dalam sidang media selepas menandatangani perjanjian tajaan untuk Sukan SEA bersama syarikat produk pemakanan Jepun, Ajinomoto, hari ini.
Dalam pada itu, Khairy turut berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja pengubahsuaian Stadium Nasional Bukit Jalil dan prasarana lain untuk Sukan SEA.
Katanya, kerja pembinaan velodrom di Nilai juga mengikut jadual yang ditetapkan.
"Hampir semua pengubahsuaian telah dijalankan dengan baik seperti Stadium MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia), lapang sasar di Subang, pusat ekuestrian, kriket, dan velodrom akan siap pada April atau Mei. Semuanya berjalan lancar," tambahnya.