Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mahu tumpuan terakhir atlet negara terarah kepada persediaan mental selepas meyakini kekuatan fizikal yang dimiliki mereka ketika ini.
Khairy menggesa semua atlet negara agar menumpukan kepada persediaan mental dalam kem akhir Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Selepas melewati persediaan terbaik di dalam dan luar negara, Khairy melabelkan atlet negara kini sudah pun bersedia sepenuhnya dari segi fizikal.
Bagaimanapun, ada kegusaran yang disuarakan Khairy apabila melibatkan ketahanan mental atlet negara memandangkan aksi di laman sendiri lazimnya menghadirkan tekanan yang luar biasa.
"Penekanan dari segi kemahuan untuk menang, itu yang sangat penting ketika ini.
"Dari segi teknikal, latihan dan fizikal, mereka kini berada di tahap yang mantap.
"Sekarang ini, terpulang sama ada mereka mempunyai kemahuan untuk menang atau tidak," kata Khairy ketika ditemui dalam majlis penyerahan penajaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi sumbangan bernilai RM3 juta hingga RM7.5 juta hari ini.
Dalam masa yang sama, TNB turut memberi sumbangan sagu hati sebanyak RM52,000 kepada skuad hoki lelaki negara sempena kejayaan mereka melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.
"Terima kasih kepada TNB kerana banyak membantu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), menyumbangkan penajaan dan pemain-pemain sangat gembira menerima sagu hati ini," kata penjaga gol, S. Kumar.