Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengakui tidak dapat lari daripada perasaan gemuruh untuk memastikan kelancaran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas berhempas-pulas daripada segala aspek demi kontinjen negara.
Sama seperti atlet lain yang berdepan tekanan dalam memastikan kejayaan menjadi milik mereka, Khairy tidak menolak turut menghadapi situasi sama sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Berbaki 17 hari sahaja lagi, sudah tentu persiapan daripada setiap sudut diambil kira untuk memastikan tiada kecacatan berlaku sepanjang temasya berlangsung.
Di sebalik segala masalah dan kemelut yang pernah berlaku terhadap beberapa atlet menjelang temasya dwitahunan itu, Khairy percaya tuaian positif akan menjelma buat negara.
“Bukan sahaja prestasi atlet yang perlu difikirkan, sebaliknya aspek lain turut menjadi perhatian saya.
“Kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, penginapan serta pemakanan juga perlu diambil kira bagi memastikan Sukan SEA berjalan lancar,” katanya.
Khairy ditemui dalam majlis pelancaran 'satu pingat satu pokok' di Kuala Lumpur Sports City pagi tadi, di mana sebanyak 5,249 pokok akan ditanam di bawah inisiatif hijau itu mengikut jumlah pingat yang dihadiahkan kepada atlet nanti bagi meninggalkan impak positif selepas temasya berakhir.