Skuad ragbi tujuh sepasukan negara tidak mahu peminat menjadikan kejayaan layak ke Divisyen Satu Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2017 sebagai kayu pengukur untuk meraih pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.
Jurulatih, Mohd. Saizul Hafifi Mohd Noor, menjelaskan juara bertahan, Filipina, masih kekal sebagai pasukan pilihan utama.
Penjelasan Saizul adalah berdasarkan Filipina menyenaraikan sebahagian besar pemain naturalisasi yang beraksi dalam ARC 2017 sementara pasukan negara menggunakan 100 peratus pemain tempatan.
Singapura juga dilihat antara halangan utama berdasarkan kemenangan mereka ke atas pasukan negara 19-7 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Asia Tenggara, April lalu.
"Harapan itu tinggi dan kami akan memberikan yang terbaik agar dapat meneruskan apa yang dilakukan skuad 15 sepasukan dalam ARC," ujar Saizul.
Pandangan sama turut disuarakan ketua pasukan, Zulkiflee Azmi, mengenai kualiti Filipina, namun dia dan rakan-rakan sudah ada strategi tersendiri bagi memastikan kilauan emas mampu terpancar buat kali pertama untuk skuad negara dalam Sukan SEA.
"Daripada aspek fizikal, memang ada perbezaan ketara kerana tubuh mereka jauh lebih besar. Jadi, kami akan bermain dengan corak permainan pantas," ujarnya.