Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: KBS yakin bendung penjualan tiket haram

khairy-jamaluddin_3.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan tindakan tegas sudah pun diambil bagi membendung penjualan tiket haram Sukan SEA Kuala Lumpur, sekaligus mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan di atas angin.

Sebelum ini, wujud sindiket yang menjual tiket Sukan SEA di atas talian dengan harga dua kali ganda daripada yang ditawarkan.

Begitupun, Khairy mengesahkan pihaknya telah mengambil tindakan dan akan terus memantau aktiviti ulat tiket sepanjang temasya berlangsung.

Bagi pembelian tiket Sukan SEA Kuala Lumpur, setiap individu hanya dibenarkan membeli empat tiket.

"Sebab itu, setiap transasksi dihadkan kepada empat tiket sahaja. Kami telah mengesan ada pihak cuba membeli tiket secara pukal, jadi kami telah membatalkan pembelian tersebut," ujar Khairy.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, mengesahkan jualan tiket untuk acara sepak takraw laris dan hanya tinggal baki 30 peratus.

"Difahamkan tiket untuk pertandingan akhir telah terjual sebanyak 70 peratus. Kalau ada baki, kami akan menjualnya di venue pertandingan," katanya.

Khairy dan Ahmad Ismail ditemui ketika melakukan tinjauan ke Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur yang bakal menjadi venue untuk acara sepak takraw yang akan membuka tirai 16 Ogos ini.

Advertisement

Must Watch Video