Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, memberi amaran kepada atlet bahawa mereka bakal berdepan tindakan disiplin jika meninggalkan perhimpunan akhir kontinjen Malaysia tanpa alasan kukuh.
Seramai 700 atlet telah pun melaporkan diri di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, hari ini, yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara sempena Sukan SEA Kuala Lumpur.
Kontinjen negara akan mengikuti perhimpunan akhir temasya edisi ke-29 itu bermula hari ini hingga 10 Ogos bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan atlet Malaysia.
"Perhimpunan ini merupakan fasa terakhir sebelum mereka menyertai Sukan SEA.
"Bukan perkara mudah untuk mengumpul mereka di tengah-tengah jadual yang padat ini kerana ada sebahagian atlet yang sedang berlatih di luar negara.
"Tetapi, kami masih dapat mengumpulkan 80 peratus kontinjen Malaysia.
"Ia satu proses menyediakan persekitaran sebenar Sukan SEA nanti," katanya.
Dalam masa yang sama, Shapawi mengingatkan atlet negara agar sentiasa menjaga disiplin berikutan kedudukan penginapan mereka yang berada di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
"Saya telah menekankan kepada atlet bahawa mereka adalah kontinjen negara, bukan lagi pelatih.
"Mereka telah dipilih untuk mewakili negara dan mempunyai tanggungjawab terhadap negara.
"Semestinya sebagai sebuah kontinjen, mereka harus menganggap ia sebagai satu keluarga besar dan memainkan peranan untuk menjaga nama baik keluarga.
"Ini satu amanah daripada masyarakat kepada mereka. Sudah tentu masyarakat tidak mahu mereka mensia-siakan amanah yang telah diberikan."