Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: ISN pastikan atlet bebas kecederaan

hotel-rennaisance.jpg
Bermulanya fasa tiga kem Kita Juara menyaksikan lebih 700 atlet melaporkan diri di hotel penginapan kontinjen negara di Kuala Lumpur dan lokasi itu bakal menjadi "kediaman" mereka sepanjang berlangsungnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menyedari pentingnya bagi atlet berada di tahap terbaik dan selesa, Insitut Sukan Negara (ISN) menyediakan beberapa kemudahan yang mampu memastikan mereka sentiasa fokus kepada perjuangan mereka nanti.

Semalam, ISN membuka pintu kepada media untuk menyaksikan bagaimana kemudahan ini dapat digunakan oleh kontinjen negara.

Ketua Pusat Sains Sukan ISN, Mohd Qusyairy Ajmain Mohd Amin, menjelaskan seramai 20 kakitangan ISN akan ditempatkan di beberapa hotel penginapan sekitar Lembah Klang bagi membantu atlet negara.

"Apa yang kita cuba lakukan di sini adalah bukan untuk meningkatkan prestasi mereka kerana gusar ia akan menyebabkan tekanan terhadap mereka. 

"Kami hanya mahu memastikan mereka mengekalkan kecergasan serta mengelakkan daripada berlakunya kecederaan," jelasnya.  

Dalam pada itu, Qusyairy memberi peringatan agar kesemua atlet peka dengan persekitaran masing-masing supaya dapat mengelak daripada mengalami kecederaan.

Jelasnya, waktu semasa amat kritikal buat atlet dan mereka perlu memastikan berada dalam keadaan yang terbaik untuk menjulang cabaran negara.

"Kita tahu kecederaan dalam waktu seperti ini kerap berlaku disebabkan atlet terlalu teruja untuk bertanding. Jadi, kami sering mengingatkan mereka untuk sentiasa mendengar nasihat jurulatih dan setiap pegawai yang terlibat," tambah Qusyairy.

Advertisement

Must Watch Video