Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Indonesia diharap serius atasi masalah pembakaran

khairy-080817.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, meminta pihak Indonesia serius dalam mengatasi masalah pembakaran hutan bagi mengelakkan masalah jerebu melanda Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bermula 19 Ogos ini.

Sebelas hari lagi sebelum bermulanya Sukan SEA 2017,  titik panas mula kelihatan di Putrajaya, sekaligus menimbulkan kegelisahan kepada Malaysia selaku tuan rumah sekiranya jerebu yang teruk berlaku.

Hal itu akan menyebabkan semua atlet beraksi dalam keadaan tidak selesa dan sudah pasti mengganggu untuk menampilkan aksi terbaik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, serta Kementerian Belia dan Sukan berpegang kepada jaminan Indonesia bahawa mereka akan menangani masalah itu sebelum temasya bermula.

"Walaupun banyak negara jiran yang telah menawarkan bantuan, ia tidak diperlukan oleh Indonesia.

"Bagaimanapun, setakat ini kami dapat melihat banyak kawasan yang telah dapat dipadamkan oleh mereka dalam masa yang singkat," kata Khairy.

Minggu lalu, Indonesia berjaya menghalang pembakaran hutan di Acheh, namun titik panas masih boleh dilihat di kawasan Sumetera, Riau serta Jambi, sekaligus meningkatkan kemungkinan ancaman jerebu. 

Advertisement

Must Watch Video