Filipina mengejutkan Thailand 9-7 dalam acara polo air lelaki Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Thailand, yang juga pemenang pingat gangsa pada edisi di Singapura dua tahun lalu, memperoleh jaringan menerusi Pattant Chompoosan, Pinit Chaisombat, Setthaphong Siripro, Nopavich Savetmalan, Pruetthikorn Khunpr dan Kirasit Patarathitina.
Sementara itu, Teodoro Roy Canete muncul wira Filipina apabila menjaringkan enam gol selain tiga gol lagi daripada Mico Anota, Reynaldo Salonga dan Mummar Alamara.
Kemenangan itu adalah langkah besar buat Filipina selepas kedua-dua pasukan lelaki dan wanita mereka hanya menduduki tangga tercorot dalam temasya dua tahun lalu.
Untuk rekod, Singapura adalah juara bertahan, sementara Indonesia dan Thailand pemegang pingat perak dan gangsa.
Dalam pada itu, Malaysia yang menduduki tangga keempat dua tahun lalu, tewas tipis 4-3 kepada Indonesia dalam aksi pembukaan pada sebelah pagi.