Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengarahkan pihak pengurusan Lapang Sasar Nasional Subang mengambil langkah pencegahan terhadap ancaman denggi memandangkan venue acara menembak Sukan SEA 2017 itu dikelilingi semak-samun.
"Kami sudah jangka dari awal bahawa ia mungkin menjadi satu kebimbangan. Oleh yang demikian, usaha untuk kita membuat semburan asap akan terus dilaksanakan, bukan hanya sekarang tetapi sepanjang perjalanan Sukan SEA bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes .
"Ia kerana kita tidak mahu menjadikan tempat ini sebagai 'kawasan panas' denggi. Perkara ini telah pun diusahakan dan Insya-Allah kita akan terus usahakan," katanya ketika membuat tinjauan ke venue tersebut, hari ini.
Mengulas kerja-kerja penambahbaikan terhadap venue itu, Khairy melahirkan rasa puas hatinya walaupun masih ada kerja-kerja kecil yang perlu dilakukan.
"Venue Lapang Sasar Subang ini boleh dikatakan 90 peratus bersedia, tinggal beberapa kerja kecil lagi tetapi penambahbaikan untuk lapang sasar ini telah pun dibuat lebih awal.
"Saya melihat keadaan di sini sangat bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada acara menembak."
Dalam pada itu, Khairy turut menyentuh penyediaan sistem mata elektronik yang bakal digunakan dalam beberapa acara menembak nanti.
"Sistem elektronik ini bukan sahaja membantu atlet menembak tetapi juga kepada penonton. Kalau tidak, kita pun tidak tahu apa yang sedang berlaku sebab sasarannya begitu jauh dan kecil.
"Dengan adanya sistem ini, penonton dapat melihat sejauh mana atlet berjaya menepati sasarannya," katanya.