Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Birmingham gesa perenang lakar catatan peribadi terbaik

paul-birmingham_2.jpg
Ketua jurulatih renang kebangsaan, Paul Birmingham, mengharapkan kesemua perenang negara mampu melakar catatan peribadi terbaik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Taruhan utama sudah pasti Welson Sim yang berada di landasan tepat selepas memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400 meter gaya bebas untuk menjuarai saingan Mare Nostrum di Monaco, Jun lalu.

Selain itu, Welson juga pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 dan 200m gaya bebas.

Acara kolam renang bertambah hangat dengan penyertaan juara Sukan Olimpik Rio 2016 dari Singapura, Joseph Schooling.

Birmingham, bagaimanapun, tidak mahu menjadikan perkara ini sebagai suatu tekanan terhadap Welson dan mahu sokongan terus diberikan kepada kesemua perenang negara.

"Jika atlet mampu membuat catatan peribadi terbaik, ia akan mencerahkan peluang untuk meraih pingat tetapi seperti saya katakan sebelum ini, pemenang pingat dalam edisi Sukan SEA yang lalu tidak mempamerkan sebarang kemajuan setakat ini," jelas Birmingham.
 

Advertisement

Must Watch Video