Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, melabel penganjuran Sukan SEA 2017 berada di tahap memuaskan walaupun tidak menafikan terdapat rungutan daripada beberapa negara sepanjang temasya berlangsung.
Menurut Beng Choo, tiada mana-mana tuan rumah yang sempurna dalam edisi penganjurannya sambil melihat ia adalah asam- garam setiap kali Sukan SEA dianjurkan.
Berdasarkan pemerhatiannya, pengelolaan Sukan SEA kali ini tiada cacat-cela yang ketara sehingga mengganggu kelancaran perjalanan apa-apa pertandingan.
"Kita memang sudah menjangkakan akan ada rungutan tetapi perlu diingatkan setiap perkhidmatan dikendalikan oleh individu, jadi sudah tentu akan timbul beberapa isu tetapi kami telah mencuba yang terbaik. Semua pihak perlu memahami bahawa tiada individu yang sempurna,” kata Beng Choo.
"Bukan mudah untuk mengawal semua perkara kerana kami menjaga kontinjen yang ramai."
Mengenai prestasi kontinjen negara, Beng Choo turut mendedahkan banyak negara luar menyatakan terkejut dengan pencapaian luar biasa yang dipamerkan kebanyakan atlet Malaysia.
Malah, kejayaan mendapat 145 pingat emas dilihat cukup bermaruah kerana datang daripada sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
"Kita telah merancang dari awal, iaitu memberi penekanan terhadap sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Kalau melihat kepada senarai acara yang dipertandingkan, kita tidak mengadakan sukan yang pelik-pelik, yang tidak dipertandingkan di peringkat antarabangsa."