Kehangatan menyambut Sukan SEA Kuala Lumpur kian terasa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meluangkan masa untuk bersama-sama rakyat Malaysia menyemarakkan lagi Larian Obor KL2017, hari ini.
Larian yang bermula di Menara Berkembar Petronas (KLCC) ini disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasaruddin SM Nasimuddin, serta barisan atlet dan bekas atlet negara.
Perdana Menteri seterusnya mengepalai larian dan membawa obor melalui Hotel Traders dan seterusnya ditamatkan di Menara NAZA.
Ia merupakan kesinambungan larian baton yang merentasi 11 negara dan seterusnya bertukar menjadi larian obor yang mengelilingi seluruh pelosok Malaysia sempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.
Sementara itu, bekas atlet olahraga negara, Datuk Zaiton Othman, teruja dapat bersama-sama Perdana Menteri dalam acara larian obor tersebut.
"Memang teruja kerana kami melakukannya bersama-sama Perdana Menteri dan sahabat-sahabat saya. Jadi, ini peluang keemasan yang baik," katanya.
Bekas pemain badminton negara, Rashid Sidek, turut berkongsi keterujaan sama, dengan berkata: "Saya sangat gembira kerana dapat bersama-sama memeriahkan lagi Sukan SEA 2017."