Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Bas bawa atlet, pegawai terlibat kemalangan

800x450_logo-sea-games-2017_2.png
Dua bas yang membawa atlet dan pegawai acara skuasy Sukan SEA dari hotel ke venue pertandingan di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil mengalami kemalangan, pagi tadi.

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Sukan, Datuk Low Beng Choo, berkata kemalangan itu melibatkan atlet Myanmar, Filipina dan Thailand.

Beberapa atlet dan pegawai yang terlibat sedang dirawat di Pusat Rawatan Sukan (GMC). 

"Kami dimaklumkan bahawa ada antara atlet dan pegawai yang terlibat telah dibenarkan untuk bertanding oleh pasukan perubatan mereka sendiri selepas menjalani pemeriksaan.

"Sementara itu, semua pertandingan pagi ini telah ditangguhkan. Satu mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada jam 2.00 petang untuk membincangkan langkah seterusnya dan mendapatkan persetujuan untuk mengubah jadual pertandingan," katanya dalam satu kenyataan.

Perlawanan lain yang tidak melibatkan atlet yang terbabit dijangka diteruskan pada jam 3 petang ini, tertakluk kepada persetujuan semua pengurus pasukan.

"Perkara ini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut.

"Pihak MASOC akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai jadual perlawanan terbaru sebaik maklumat berkenaan diperolehi.," tambah kenyataan itu.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video