Juara dunia keirin 2017, Azizulhasni Awang, mengakui terharu diberi penghormatan menjadi atlet trek berbasikal pertama negara untuk menguji Velodrom Nasional di Nilai, hari ini.
Azizulhasni diberi penghormatan itu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di atas kejayaannya muncul juara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia yang berlangsung di Hong Kong, minggu lalu.
Atlet trek kelahiran Terengganu itu mengakui dia tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat tempatan dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan.
"Ia satu penghormatan untuk menguji Velodrom Nasional.
"Saya gembira kerana ia telah disiapkan dan akan mengujinya hari ini di mana persiapannya berjalan lancar.
"Perlumbaan terdekat yang akan saya sertai adalah Sukan SEA.
"Saya sudah tidak sabar lagi untuk beraksi di velodrom bertaraf dunia yang pertama di negara ini di hadapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Dengan adanya velodrom di Nilai, Azizulhasni mengakui sebahagian program latihan skuad trek berbasikal negara boleh diadakan di sana nanti.
Bagaimanapun, kem latihan di Melbourne masih diperlukan kerana di sana dia berpeluang beradu tenaga di samping atlet trek berbasikal Australia.
"Secara peribadi, ia boleh digunakan dalam tempoh rehat atau awal musim siri Kejohanan Dunia.
"Persiapan asas bagi kejohanan itu mungkin boleh dijalankan di Malaysia tetapi apabila memasuki fasa latihan terperinci, kami perlu pulang ke Melbourne."