Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra (SYP) 1 menumpaskan pasukan pelawat, Sekolah Menengah Sukan Sultan Mohamad Jiwa (SMADJIWA), 48-10 Super School Rugby (SSR) 2026 untuk melengkapkan Pool F Challenge Troph , hari ini,
Sejak wisel permulaan ditiupkan, SYP selaku tuan rumah terus menampilkan rentak permainan agresif dan teratur untuk menghasilkan beberapa try berserta conversion, secara tidak langsung meletakkan tekanan awal kepada pasukan pelawat.
Advertisement
SMADJIWA sempat menyamakan kedudukan menerusi satu try, namun keadaan itu tidak kekal lama apabila SUP terus garang menambah try demi try.
Memasuki babak kedua, SYP kekal tenang mengawal rentak permainan untuk menutup setiap usaha pasukan pelawat.
akhirnya, syp menutup perlawanan dengan kemenangan 48-10 ke atas smadjiwa di laman sendiri.