Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mengatasi juara dunia empat kali, Harrie Lavreysen, dalam penentuan pingat emas keirin Piala Dunia Trek UCI.
Pelumba kelahiran Terengganu tersebut menggamatkan Velodrom Nasional di Nilai apabila mempamerkan pecutan deras untuk mengatasi atlet dari Belanda itu untuk memenangi emas keduanya musim ini -- menyusuli kejayaan siri pertama di Perth -- dengan melepasi kepungan dalam pusingan terakhir berkenaan sebentar tadi, manakala pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul, di tempat ketiga.
Advertisement

Ia merupakan hadiah paling bermakna buat wira negara yang kini berumur 38 tahun itu yang mengumumkan bahawa ini penampilan terakhirnya di halaman sendiri.