Skip to main content

Advertisement

Badminton

Piala Thomas: Lee Zii Jia hadiahkan mata kemenangan ke atas England

j

Lee Zii Jia muncul wira skuad Piala Thomas negara setelah menjelmakan mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan menewaskan England 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Thomas yang berlangsung sengit di Forum Horsens, Denmark, sebentar tadi. 
 
Turun selaku negara pilihan berbanding England, barisan pemain negara dilihat bergelut sebelum menoktahkan kemenangan tersebut.

Bagaimanapun, Aaron Chia- Soh Wooi Yik kembali menyuntik api perjuangan negara dengan kemenangan straight set 21-19, 21-13 dengan menewaskan Oliver Butler-Samuel Jones untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Advertisement

Rentak itu gagal diteruskan perseorangan kedua negara, Aidil Sholeh Sadikin, yang tumpas kepada Cholan Kayan dalam pertarungan straight set 16-21, 15-21 menyaksikan skuad negara kembali ketinggalan 1-2.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun meredakan kembali ketegangan selepas menang mengatasi Alex Green-Zach Russ meletakkan kedudukan terikat 2-2.

Dan sosok yang ditunggu-tunggu, Zii Jia kemudian memastikan Malaysia memperoleh mata kemenangan, sekali gus menjadi pemangkin motivasi pasukan untuk berdepan Finland, lusa ini dan mencerahkan peluang negara untuk ke pusingan suku akhir.

 

 

 

 

Must Watch Video