"Jika kita mahu layak ke Sukan Olimpik, kita perlu berada di ranking 12 terbaik dunia".
Ketua Jurulatih The Speedy Tigers, Brendon Carolan, laung misi mendapatkan sebanyak mungkin mata ranking demi meletakkan malaysia di posisi selesa menjelang saingan kelayakan olimpik yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2028.
Bagi carolan, untuk menaiki ranking dunia, persembahan cemerlang dan konsisten perlu ditunjukkan semua pemain.
Dan bercerita tentang skuad yang telah dibina dengan ramai pemain muda sejak dia mengambil alih, carolan berharap generasi baharu ini dapat buktikan mereka mampu isi tempat yang akan ditinggalkan pemain senior suatu hari nanti.
"Kita berharap barisan pemain muda ini mampu bersaing dengan pemain senior untuk membentuk pasukan lebih ampuh berbaki lapan bulan sebelum sesi kelayakan berlangsung", ujar Brendon.