Ranking beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, difahamkan telah melonjak 19 anak tangga untuk berada di ranking ke-38 dunia.
Kejayaan itu selepas Aaron-Roy King menjuarai Terbuka Artik dan Masters Jepun baru-baru ini, dengan mereka mengumpul 37,191 mata secara keseluruhan selepas menyertai enam kejohanan selepas digandingkan.
(TERKINI) Gelaran kedua! Aaron-Roy King bangkit takluk Masters Jepun 2026 https://t.co/Ei4jPn4Edb
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) November 15, 2026
Untuk rekod, beregu muda negara itu mencipta sensasi pada Oktober lalu apabila melonjak 232 anak tangga untuk berada di ranking ke-116 selepas muncul juara Terbuka Artik dalam penampilan sulung saingan Jelajah Dunia sebelum ini.