Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City cicir dua mata

j

DPMM 2 KUCHING CITY 2

DPMM hampir membuatkan Kuching City berputih mata sebelum terpaksa akur untuk berkongsi mata di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Advertisement


Biarpun menggegar gawang seawal minit ke-6 melalui Danial Asri, DPMM memadam kelebihan itu menerusi jaringan Jordan Rodrigues dan Jordan dalam masa separuh masa pertama.


Mujur, satu lagi Jordan dan kali ini dari kem Kuching City, meledak gol penyamaan 2-2 dalam masa kecederaan untuk anak buah Aidil Sharin Sahak tersebut membawa pulang setidak-tidaknya satu mata dan dua mata di belakang kelab di tangga kedua Liga Super, Selangor, sambil memegang kelebihan satu perlawanan. 

 

Sementara itu, Terengganu mensia-siakan peluang beraksi di depan penyokong sendiri apabila membenarkan Negeri Sembilan bangkit dalam 10 minit terakhir untuk kedudukan 2-2.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video