Skip to main content

Bola Sepak

Kelab gergasi Turkiye sambar khidmat Ruslan

ruslan

Pemain kebangsaan Ukraine, Ruslan Malinovskyi, dilaporkan selangkah bakal memperkuatkan jentera pasukan gergasi Turkiye, Trabzonspor, bagi saingan musim akan datang.

Menerusi wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, berkongsikan: " Ruslan Malinovskyi ke Trabzonspor, here we go!

"Malinovskyi meninggalkan Genoa sebagai ejen bebas dan akan menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Turkiye." katanya.

 

 

 

Pemain sayap berusia 33 tahun yang dikenali sebagai pakar 'set piece' itu beraksi dalam 33 perlawanan buat Genoa musim ini dengan meledak enam gol serta tiga bantuan jaringan.

Jaringannya menerusi sepakan percuma dengan rembatan kencangnya dinobatkan Gol Terbaik Januari dalam saingan Serie sebelum ini. 

 

 

 

Must Watch Video