Perancis bakal beraksi di pentas Piala Dunia 2026 di tanpa lapan pemain bintang utama mereka susulan masalah kecederaan serta tidak menjadi pilihan Utama ketua jurulatih, Didier Deschamps, yang telah menyenaraikan 26 pemain akhir pilihannya.
Bintang Real Madrid, Eduardo Camavinga, yang kurang meraih minit permainan antara yang tidak menjadi pilihan utama dalam skuad Les Bleus susulan bergelut dengan kecederaan sebelum ini.
"Camanvinga terkeluar dalam skuad Piala Dunia? Dia melalui musim yang sukar, tidak banyak beraksi dengan pelbagai kecederaan.
"Dia masih muda, saya perlu membuat pilihan." kata Deschamps.
🚨 OFFICIAL: France World Cup final squad. 🇫🇷
Any changes you’d make? 🏆👀 pic.twitter.com/46f3BD3AoN— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 14, 2026
Sementara itu, bintang Juventus, Khepren Thuram, turut tidak tersenarai dalam skuad akhir Perancis ke Piala Dunia susulan baru pulih daripada kecederaan.
Antara nama-nama lain adalah Florian Thauvin, Corentin Toliso, Kolo Muani, El Junior Kroupi, Pierre Kalulu dan Esteban Lepaul.