Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liga Super: Penang tak patut seri!

j

Jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad Harimau Kumbang terikat tanpa jaringan ketika menentang Sabah di Stadium Bandaraya, petang tadi.

Tuan rumah terlepas peluang untuk melunaskan dendam kegagalan mendakap MFL Challenge Cup pada hujung minggu lalu kepada lawan yang sama, sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan di tangga kesembilan dan 10 Liga Super.

Advertisement

"Satu keputusan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Kami terasa kehilangan empat pemain utama terutama Dylan Wenzel-Halls yang membataskan kreativiti kami menghasilkan serangan.

"Saya harap mereka dapat kembali untuk raih mata dalam baki perlawanan musim ini," katanya selepas perlawanan.

 

 

 

Berbeza pula dengan jurulatih Sabah, Juan Torres Garrido, yang melihat keputusan itu sebagai positif walaupun The Rhinos sekadar membawa pulang satu mata dari tempat lawan.

"Pasukan saya amat keletihan atas kepadatan jadual di tempat lawan termasuk membabitkan perlawanan MFL Challenge Cup.

"Kkami dapat menguasai permainan sekalipun beraksi di bawah cuaca terik sebelum berlaku sebaliknya dalam separuh masa kedua," katanya pula.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video