Kem Piala Uber negara kembali menunjukkan taring sebenar ketika menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan B di Forum Horsens, Denmark, sebentar tadi, untuk menjamin slot dua tangga teratas Kumpulan B, sebentar tadi, sejak kali terakhir mara ke suku akhir adalah pada16 tahun lalu.
Perseorangan kebangsaa, K. Letshanaa, mengutip mata kemenangan pertama dengan menewaskan Johanita Scholtz 21-6, 21-10 dalam aksi yang mengambil masa hanya 22 minit.
Advertisement
Dan selepas tewas dalam aksi menentang pemain Turkiye, Ozge Bayrak, semalam, Wong Ling Ching bangkit menemui sentuhan kemenangan apabila mudah menundukkan Chloe Lai 21-8, 21-4 dalam tempoh 20 minit permainan.
Siti Zulaikha Azmi yang membuat kemunculan terus mengukuhkan cengkaman skuad negara dengan menghadirkan mata ketiga menerusi kemenangan straight set 21-11, 21-5 menewaskan Elme de Villiers.
Sementara itu, Ong Xin Yee pula yang kembali digandingkan bersama Carmen Ying menjelmakan mata keempat dengan menewaskan Amy Ackerman-Johanita Scholtz 21-16, 21-14 sebelum wakil terakhir, Chong Jie Yu, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pearly Tan beraksi dengan cemerlang di samping Low Zi Yu untuk memuktakadkan kemaraan negara ke suku akhir apabila menewaskan Elme de Villiers-Anri Schoonees 21-12, 21-5, sekalipun bakal mengadakan perhitungan dengan Jepun, esok.