Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia di Nilai saksi basikal telan kos RM600,000

Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan menjadi tumpuan hujung minggu ini apabila hampir seluruh jaguh dunia bertandang merebut kejuaraan Piala Dunia UCI. 

Dengan penyertaan daripada bintang berbasikal trek dunia merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Harrie Lavreysen, sudah pasti menghangatkan kemeriahan di samping laporan mengatakan ini berkemungkinan menjadi perlumbaan terakhir The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang, dalam saingan Piala Dunia. 

Advertisement

Namun, apa yang paling menarik bukannya tentang pelumba dunia mahupun aksi dramatik, tetapi jentera dan teknologi yang digunakan bagi memberi saingan terhebat. 

Meninjau di lokasi, sebelum sesi kedua pada sebelah petang bermula, penulis sempat menyaksikan basikal termahal dunia yang menjadi tulang belakang pelumba demi mendapatkan keputusan terbaik. 

Tahukah anda? Sebuah basikal daripada pasukan Jepun menelan kos hampir sebanyak EUR126,000 (RM585,518.22). Berdasarkan pemerhatian semasa, ia merupakan basikal termahal setakat ini. 

Bagi kegunaan kontinjen negara yang lazimnya menggunakan jenama WXR mencecah anggaran hampir RM380,000. 

Walaupun bergantung atas kecekapan pengguna, dan bukan sekadar keselesaan semata, malah demi prestasi terunggul yang mampu membantu pelumba menikmati pengalaman terbaik.

Topik Berkaitan

Must Watch Video