Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Atlet muda tarik perhatian Khairy

khairy-jamaluddin-290817.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, lebih cenderung dengan kejayaan atlet muda negara kerana mereka yang perlu diberi keutamaan mencabar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beberapa atlet senior seperti Azizulhasni Awang, jaguh skuasy, Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei (badminton), sudah menyuarakan hasrat untuk memberi laluan kepada muka baru. 

"Saya tidak hanya tengok kepada pungutan pingat emas tetapi ia lebih kepada rakyat yang mahu melihat sasaran itu dicapai. 

"Saya paling bangga dengan kemenangan atlet pelapis yang berjaya meraih perak dan gangsa di samping mendapat pendedahan bermakna dalam Sukan SEA. 

"Ini tidak dihebohkan kerana kita terlalu taksub dengan pingat emas," katanya. 

Khairy turut gembira apabila Malaysia berpeluang mencipta kejayaan terbesar dalam sejarah Sukan SEA dengan saingan berbaki dua hari lagi sebelum temasya menutup tirai. 

"Saya mahu melihat bagaimana atlet pelapis kita dapat mengekalkan konsistensi mereka kerana selepas ini, kita akan mengalihkan fokus ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia dan seterusnya Sukan Olimpik Tokyo (2020)," kata Khairy. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.


 

Advertisement

Must Watch Video