Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Aspek keselamatan jadi keutamaan -- Khairy

12817stadiumnasional.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan aspek keselamatan akan dititikberatkan sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur berlangsung, terutama ketika malam upacara pembukaan yang akan berlangsung 19 Ogos ini.

Malaysia bakal menerima kehadiran seramai 10,000 atlet dari seluruh Asia Tenggara bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.

Tumpuan utama adalah ketika majlis pembukaan yang turut dihadiri beberapa orang kenamaan dan menteri-menteri dari negara serantau.

Justeru, aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diigini berlaku sepanjang temasya berlangsung.

Selain Polis Diraja Malaysia, beberapa agensi unit beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dikerah khidmat mereka untuk menghadapi temasya dwitahunan ini.

"Pihak polis akan mengerah pegawai-pegawai di sekitar Stadium Bukit Jalil, malah di seluruh Kuala Lumpur. Saya memberikan jaminan bahawa setiap persiapan dibuat dengan rapi," kata Khairy.

Khairy ditemui dalam program Fit Malaysia Kuala Lumpur yang dijalankan serentak dengan larian obor di KL Sports City hari ini sambil dihadiri 10,000 peserta.

Advertisement

Must Watch Video