Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA 2019: Amy tagih aksi kompetitif

amy-kwan.jpg
Gimnas negara, Amy Kwan, mahu diberi peluang untuk mengharungi kejohanan kompetitif sebelum bermulanya Sukan SEA Filipina 2019 hujung November nanti apabila dijangka hanya mampu kembali berlatih sepenuhnya Julai depan ekoran kecederaan.

Amy belum mendapat lampu hijau bagi menggunakan sepenuhnya anggota badan untuk berlatih apabila masih perlu menjalani proses pemulihan selepas selesai melalui pembedahan buku lali kiri Disember tahun lalu.

Dijangka pulih sepenuhnya pada Julai depan, Amy berkemungkinan diketepikan untuk dihantar berlatih ke luar negara dan menyertai sebarang siri Kejohanan Dunia dalam masa terdekat.

Justeru, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 i`tu tetap berharap sekurang-kurangnya dia dapat didedahkan dengan kejohanan tempatan sebagai ujian terakhir sebelum ke Sukan SEA.

"Ia boleh tetapi perlukan banyak aksi. Jika tidak, sukar untuk sesuaikan diri. Diharapkan akan ada banyak ujian atau aksi," katanya.

Dalam tempoh enam bulan, Amy dalam fasa untuk menyesuaikan diri dengan gubahan muzik baru bagi empat apparatus iaitu bola, gelung, reben dan belantan.

"Sukar untuk mahirkan diri dengan sesebuah lagu kerana rentak berbeza. Kalau nak tukar, ia mengambil masa. Jadi, masa yang panjang diperlukan."
 

Advertisement

Must Watch Video