Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para Komanwel: Azwar berlatih dengan atlet normal

azwar.jpg
Atlet ping pong para negara, Azwar Abu Bakar, ingin merangka persiapan lebih terperinci selepas dia kini sah tersenarai untuk menyertai Sukan Para Komanwel di Gold Coast, April depan. 

Azwar merupakan salah seorang daripada tujuh atlet para negara yang mendapat peluang untuk membawa cabaran Malaysia. 

Lantaran itu, dia mahu memastikan dapat berada di tahap terbaik untuk sekurang-kurangnya memburu kedudukan pingat di sana nanti. 

Berdasarkan senarai ranking peserta negara Sukan Komanwel, Azwar berada di kedudukan ketiga. 

Setakat ini, dia mengesahkan akan menyertai beberapa siri pertandingan tempatan sebelum menunggu keputusan daripada jurulatih mengenai kejohanan antarabangsa. 

"Hanya lapan pemain daripada negara Komanwel yang layak untuk bertanding dalam Sukan Para Komanwel nanti. 

"Dan saya kini berada di ranking ketiga. 

"Saya harap dapat melakukan persiapan yang tepat pada masanya, seterusnya meraih pingat," katanya. 

Antara persediaan yang diharungi Azwar termasuk menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan negara kendalian Beh Lee Wei. 

Jelasnya, latihan seperti itu dapat membantunya untuk menajamkan lagi sentuhan serta memahami corak permainan tertentu. 

"Saya sudah berlatih bersama mereka sejak 2010 lagi. 

"Tiada masalah untuk saya mengikuti program mereka," tambahnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video